App Android Rasmi

KIRA POS untuk Android

Print resit terus ke thermal printer Bluetooth — laju, tanpa dialog, dan tiada app pihak ketiga diperlukan. Percuma untuk semua pelanggan KIRA POS.

Muat Turun KIRA POS
Versi 1.0.1 Saiz ±3 MB Android 8.0 ke atas

Buka halaman ini terus pada phone Android anda untuk pemasangan paling mudah.

Cara Pasang

4 langkah, siap dalam 2 minit

KIRA POS
RESIT PEMASANGAN · ANDROID

1. MUAT TURUN APPOK

Tekan butang Muat Turun KIRA POS di atas. File akan masuk ke folder Download phone anda.


2. BUKA FILE APKOK

Tekan notifikasi muat turun, atau buka app My Files / Files → folder Download → tekan file KiraPOS.


3. BENARKAN PEMASANGANOK

Phone akan tanya kebenaran — ini normal untuk app yang dipasang terus (bukan dari Play Store).

Bila keluar mesej "Blocked" atau "not allowed to install": tekan Settings → Allow from this source, kemudian tekan Back dan Install. App KIRA POS selamat — ia diterbitkan rasmi oleh Kira Senang.

4. BUKA & BENARKAN BLUETOOTHOK

Buka app KIRA POS. Bila ditanya "Allow nearby devices?" tekan Allow — ini yang membolehkan app sambung terus ke printer resit anda.


JUMLAHSIAP ✓

Terima kasih! Selamat berniaga — kirasenang.com.my

Print Resit

Sambungkan thermal printer anda

1

Pair printer sekali

Phone: Settings → Bluetooth → cari nama printer anda (cth. XP-58) → pair. PIN biasa 0000 atau 1234.

2

Pilih printer dalam app

Selepas transaksi pertama, tekan butang BT pada skrin resit dan pilih printer anda dari senarai.

3

Resit terus keluar

Pilihan anda disimpan — selepas ini setiap tekanan BT terus print tanpa perlu pilih lagi. Laju macam mesin cashier.

Soalan Lazim

Ada masalah? Semak di sini

Phone saya kata app ini "blocked" — selamat ke?
Ya, selamat. Amaran itu keluar untuk semua app yang dipasang terus tanpa melalui Play Store — ia bukan tanda bahaya pada app KIRA POS. Tekan Settings → Allow from this source, kemudian Install. App ini diterbitkan rasmi oleh Kira Senang Solution Enterprise.
Senarai printer kosong walaupun printer dah ON
Dua perkara untuk semak: (1) Printer mesti pair dahulu di Settings → Bluetooth phone anda — bukan sekadar ON. (2) Kebenaran Bluetooth: Settings → Apps → KIRA POS → Permissions → Nearby devices → Allow.
"Gagal sambung ke printer" bila tekan print
Printer thermal hanya melayan satu phone pada satu masa. Pastikan phone lain yang pernah guna printer itu telah OFF Bluetooth, kemudian restart printer (OFF → ON) dan cuba semula. Pastikan juga printer berada dalam jarak dekat.
Macam mana saya dapat update / fitur baru?
Fitur dan penambahbaikan sistem sampai kepada anda secara automatik — tutup dan buka semula app sahaja. Anda hanya perlu muat turun APK baru jika kami maklumkan ada versi app baru (jarang berlaku).
Printer apa yang disokong?
Mana-mana thermal printer Bluetooth jenis ESC/POS bersaiz 58mm atau 80mm — termasuk model bajet seperti Xprinter dan seumpamanya (sekitar RM100–200 di Shopee/Lazada). Tidak pasti? Tanya kami sebelum beli.

Perlukan bantuan pemasangan?

Kami boleh bantu setup app dan printer anda langkah demi langkah.

WhatsApp Kami