← Kembali ke Laporan Media

PAS Bukan Kawan Yang Baik, Negeri Kecil Pun Berkecamuk, Apatah Lagi Mentadbir Malaysia

Kenyataan Media Faiz Fadzil
  1. PAS adalah bom jangka dalam mana-mana hubungan politik. Sejak 1973 hingga 2025, PAS telah menyertai sekurang-kurangnya 7 pakatan utama, tetapi hampir kesemua hubungan ini tidak bertahan lama dan sering berakhir dengan konflik, perpecahan dasar atau pembubaran.
  2. Gabungan ketika ini iaitu Perikatan Nasional (PN) juga sudah semakin nazak. PAS menjadi punca perpecahan dan kini Bersatu pula menjadi mangsa demi keghairahan PAS menjadi dominan dalam PN.
  3. Selagi PAS berada dalam sesuatu pakatan, risiko perpecahan, ketidakstabilan dasar dan krisis kepercayaan sentiasa menghantui. Ini bukan persepsi, tetapi fakta yang berulang.
  4. Tiada parti tunggal mampu mentadbir negara berdasarkan rekod 15 PRU. Pengalaman pentadbiran PN sebelum ini membuktikan ketidakstabilan apabila PAS mengkhianati Muafakat Nasional demi Bersatu.
  5. PAS juga gagal memerintah dengan bersih. Presiden PAS sendiri mengakui wujud rasuah dalam krisis politik Perlis, namun tiada laporan dibuat kepada SPRM seperti diwajibkan undang-undang.
  6. Pengurusan negeri-negeri SG4 yang cacamerba serta prestasi ekonomi lemah membuktikan PAS-PN gagal mengemudi pentadbiran. Data DOSM menunjukkan negeri-negeri ini tercorot dari segi upah median dan kemiskinan.
  7. Negeri-negeri PAS-PN juga gagal menarik pelaburan secara mampan. Di Kedah, pelaburan banyak digerakkan oleh agensi persekutuan, bukan kepimpinan negeri.
  8. Masalah PAS berakar daripada kepimpinan yang mengutamakan kepentingan sendiri. Retorik Melayu dan Islam dieksploitasi untuk keuntungan politik, bukan demi rakyat.
FAIZ FADZIL
27 Disember 2025